Tuesday, March 16, 2010

Sihir dan Mainannya


Kalimah yang amat besar ertinya jikalau kita benar-benar menghayati dan memahaminya..

Saya mula terasa dan sedar akan diri disihir kira-kira bulan April 2009. Sebelum itu, mungkin disebabkan tidak pernah mengalaminya disamping latar belakang keluarga dan pendidikan, saya tak percaya benda-benda karut macam ini. Saya memang percaya kepada benda ghaib dan kita pun sebagai umat Islam diwajibkan mempercayai kepada perkara ghaib. Tidak nampak bukannya bererti tiada!

Sebelum ini pun, semasa saya aktif memberi ceramah, kuliah dan perundingan kepada usahawan dan warga korporat, saya selalu mengatakan amalan sihir ini adalah perkara yang mengarut. Saya tidak percaya bahawa umat Islam yang lain sanggup membuat perkara yang terkutuk dan keji itu kepada umat manusia yang lain, tak kira lah samada mereka itu umat Islam ataupun tidak.

Pelbagai jenis gangguan yang telah saya, keluarga saya, rakan kongsi saya serta keluarganya lalui. Daripada yang 'kecil' seperti gangguan bunyi-bunyian dirumah dan pejabat hinggalah ketahap batuk dan muntah darah. Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami semua. Takde lah jadi sampai gila, bercerai berai dan sebagainya. Termasuk juga lah penghantaran 'jin-jin' bagi memantau dan menggangu kami hampir sepanjang masa.

Kesan langsung daripada sihir ini menyebabkan perniagaan kami hampir musnah. Mereka yang sebelum ini membantu dan menyokong kami, tiba-tiba melarikan diri serta membatalkan projek-projek yang telah diberi sebelum ini. Huru hara juga dibuatnya..

Namun, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Hikmah terbesar daripada ini menyebabkan kami semua semakin hampir kepadaNYA.

Tujuan utama saya berkongsi pengalaman ini adalah bagi membantu mereka-mereka yang terkena sihir dan masih tercari-cari cara mengubatinya.

Ramai pengamal perubatan 'tradisional' yang telah saya ketemu. Ianya telah membawa saya dan rakan kongsi saya ke Rembau, Rantau, Kuala Pilah, Seremban, Jengka, Lumut, Alor Star, Kelang, Beranang, Melaka hinggalah ke Yala, Thailand. Ianya suatu pengalaman yang menarik dan tidak akan dilupakan, khasnya ketika memandu kereta dari Hulu Perak menuju ke Betong, Thailand - terus ke Yala dan kembali semula ke Malaysia melalui Hat Yai dan masuk melalui Bukit Kayu Hitam.

Daripada pengamal perubatan berketurunan Melayu, Jawa, Bugis, Orang Asli Islam hingga lah ke Orang Thailand.. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan, ada yang masuk akal dan ada yang tak masuk akal..

Okay lah, berhenti setakat ini dulu. Nanti saya sambung balik. Banyak benda yang hendak dikongsikan sepanjang perjalanan perubatan tersebut. Pengalaman dengan Jin, Khadam, Hantu Raya, Bunian, Batu Serai, Sedut Duit dan macam-macam lagi lah..

1 comment:

  1. assalammualaikum wbt

    saya sangat ingin tahu adakah En Omar boleh membantu saya? soal2 pelik tapi benar ini. bolehkah hubungi saya di bulanbintang2014@outlook.com

    saya tunggu.

    terima kasih

    ReplyDelete