Tuesday, March 23, 2010

Mengkarung Ekor Cabang 3




Ni pengalaman ngan Mengkarung Ekor Cabang 3 (MEC3). Ada ler kawan orang Indon dari Pahang. Dia ni kata dia anggap saya macam Abang dia. Kebetulan dia nie pun ada ler sikit 'kebolehan' berurusan dengan perkara-perkara ghaib. Sebagai salah satu usaha untuk mencari penawar, dia mencadangkan saya mengambil MEC3 ni.

Nak jadikan cerita, dia ada 2 ekor mengkarung. Satu tu ekornya bercabang 2 dan satu lagi ekornya bercabang 3. Sebelum ini, memang lah saya tak pernah ambil tahu pun tentang adanya keganjilan bagi mengkarung nie. Menurut katanya, dia berniat nak kasi saya MEC3 ni walaupun ada orang lain yang telah menawarkan ribuan ringgit juga ler untuk mendapatkannya. Saya memang ler tak tahu apa 'kelebihan' atau kegunaan benda nie.

Ikut kata dia, MEC3 ni 'dijaga' oleh seorang puteri yang bernama Puteri Mayang Sari. Saya akan bermimpi Puteri tersebut pada malam pertama saya bawa balik mengkarung ini. Pada malam Jumaat seterusnya, saya diminta memotong ekor yang bercabang itu dan mengeringkannya. Pada malam setelah dipotong ekornya, saya akan bermimpi lagi sekali Puteri tersebut. Saya bersetuju untuk 'melakukan' apa yang diminta olehnya memandangkan pada pandangan saya, perbuatan tersebut tidak menyalahi akidah saya. Lagi pun pada ketika itu, niat saya adalah sebagai usaha bagi mencari penawar kepada 'penyakit' saya, rakan kongsi serta ahli keluarga kami.

Nak dijadikan cerita, saya langsung takde mimpi Puteri tu pun. Rakan kongsi saya lak yang bermimpi berjumpa dengan Puteri pada malam kami bawa balik mengkarung tu dan pada malam setelah kami memotong ekornya yang bercabang 3 tu. Menurut katanya, Puteri tu 'cun giler' hehe..

Kebetulan malam kami memotong ekor itu adalah malam Jumaat dan keesokkannya adalah Hari Raya Adil Adha. Potong ekor tu kira macam 'korban' ler. Selepas dipotong ekornya, mengkarung itu pun dilepaskan. Tak baik membunuh tau..

Setelah sekian lama menyimpan ekor yang telah dikeringkan, kami pun berjumpa dan bertanyalah juga dengan mana-mana orang tentang 'kelebihan' MEC3 ni. Rata-rata kebanyakkan orang mengatakan bahawa MEC3 ni memang suatu benda yang amat pelik, selalu dengar tentang Ekor Cabang 2 sahaja, Cabang 3 ni memang unik dan klasik!!

Menurut kata mereka, MEC3 ni boleh dibuat untuk 'menyeru' nombor ekor daa... Cit, tak pernah seumur hidup kami menceburi bidang-bidang nombor ekor ler..

Kemudian juga, saya dan rakan kongsi bertemu dengan seorang pengamal perubatan dan beliau telah mengajarkan kami kaedah mengenali kelebihan dan kekuatan diri sendiri. Dengan amalan ini, kami ada ler sedikit kebolehan untuk 'mengenali' sesuatu benda sekiranya ianya 'berisi' ataupun tidak. So saya pun 'test' ler MEC3 yang telah dikeringkan. Fuyoo... memang ada 'isi' daa..

Proses seterusnya adalah membersihkan diri daripada 'isi' yang tidak diketahui ini. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya tanpa 'mencari gaduh' dengan penjaganya. Saya dan rakan kongsi berkesempatan bertemu dengan penjaganya ketika proses penyerahan semula 'rumahnya'..

Cerita kali nie memang agak sukar nak percaya kecuali bagi mereka yang telah melaluinya. Apa pun pengajaran penting bagi kami adalah, hampir setiap benda mempunyai 'penjaga' nya. Cincin, Batu, Periuk Belanga Lama dan 1001 jenis barang lagi ler.

Terpulang kepada diri kita samada hendak menjaga dan berurusan dengan 'penjaga' nie. Bahasa biasa yang kita dengar adalah 'khadam'. Ada baik dan buruknya apabila hendak berurusan dengan khadam nie. Apa pun, pastikan ada ilmu pengetahuan, dengan lain perkataan, biar ler kita ni mempunyai 'isi' terlebih dahulu, kalau tidak kita sendiri yang akan di'khadam' kan oleh khadam-khadam ini..
Sekiranya video nie tak berjaya diuploadkan dengan sempurna, boleh juga pergi ke You Tube dan typekan Mengkarung Ekor Cabang 3. InsyaAllah ada lagi file tersebut.

No comments:

Post a Comment