Saya mula tersedar akan permainan sihir ini bila apa sahaja yang saya dan rakan kongsi saya buat semuanya tak menjadi. Kemudian diikuti dengan sakit-sakit badan. Kami juga mula 'nampak' dan 'dengar' benda-benda yang pelik-pelik. Sakit dibadan, dibahu, dileher dan macam-macam lagi ler.
Kemudiannya isteri dan ahli keluarga kami pun mula diganggu dengan penyakit, penglihatan dan pendengaran yang pelik-pelik.Ketika itu, bermula lah perjalanan kami didalam usaha mencari pengamal perubatan tradisional, tak kira bomoh; dukun, ustaz dan kiai.
Pelbagai ragam dan kaedah yang telah dicuba. Ada ketikanya kena mandi limau nipis; air 7 buah Masjid; air 7 bunga; air yang telah dibaca / jampi dsbnya. Yang kami tak berani dan takkan buat apabila ada seorang pengamal itu meminta kami mandi dengan air yang telah digunakan bagi memandikan jenazah! Fuyooo yang itu memang ler kami tak buat.
Ada juga seorang pengamal tu yang meminta kami menyembelih seekor ayam jantan hitam. Kemudian dipotong kepalanya dan ditanam dirumah. Yang ini pun kami tak berani dan takkan buat. Sepanjang yang kami tahu, kalau dah mula ada mainan pemyembelihan dan asap mengasap, itu dah masuk bab jin. Tak mahu ler sampai terpesong akidah dan iman, walaupun didalam usaha untuk mencari ubatnya..
Disepanjang usaha berjumpa mencari penawar, pelbagai perkara 'magic' yang telah kami lalui dan lihat sendiri dengan mata kepala kami. Takat tengok benda terbang dan bergerak tu kira dah biasa ler. Takat bercakap-cakap dengan 'makhluk halus' pun kira dah okay gak.
Pelbagai bentuk 'mahar', 'mas kahwin' dan 'pengeras' yang telah kami berikan. Paling menjadi keutamaan adalah 'kertas cap gabenor bank negara' -- duit ler. Banyak gak duit yang telah dihabiskan dan diperabiskan untuk usaha mencari penawar ini. Ramai dikalangan pengamal perubatan, samada ustaz mahupun bomoh, dukun, pawang dsb yang suka mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain.
'Pengeras' yang paling klasik dan pelik yang pernah kami beri adalah; 2 bungkus gula pasir 1kg, 6 kotak air minuman, 6 biji buahan dan 2 kotak rokok kretek. Wak Indon yang kami temui ni ada 'kelas' ler. Ramai yang nak berjumpa dengannya sehingga kena ambil nombor daa.. Yang lecehnya, dia cuma berurusan pada hari Khamis malam Jumaat sahaja. Hari lain dia tak layan. Kami diberi umpama 'tangkal' untuk dipakai. Khasiatnya, orang akan suka untuk berurusan dengan kita. Kami berdua diberikan berlainan jenis 'tangkal' untuk dipakai. Saya bagi kategori 'pemimpin' manakala rakan kongsi saya bagi kategori 'rakyat marhaen'..
Malangnya saya punya tidak efektif memandangkan saya tidak ada urusan untuk berjumpa dengan 'pemimpin'. Rakan kongsi saya memang 'untung'.. Mana-mana kami pergi ada sahaja orang tegur dan senyum kat dia. Kata-kata seperti "kat mana yer kita berjumpa dulu" dan "rasa macam pernah jumpa jer, tapi kat mana yer?". Kalau pergi McD, mak ooii, yang tukang ambil order tu senyum dan menjeling memanjang jer. Kalau pergi kedai makan, sampai makcik yang kat kaunter pun leh senyum memanjang, dapat ler diskaun. Nasib baik lagi, siap dapat makan dan minum free...
Ada tu kami diminta mendapatkan 7 biji limau nipis betina. Kena kenal yang mana limau jantan dan yang mana limau betina. Kena petik sendiri dari pokok. Limau ni tak boleh diminta atau dibeli. Kena diambil tanpa pengetahuan tuan empunya, dengan lain perkataan -- kena curi ler. Mak ooii, ni satu lagi cabaran yang kami hadapi. Malu ler kalau kena kantol dok mencuri limau nipis. Puas ler kami dok fikirkan kat mana nak curi limau tanpa kena kantol. Sambil berdoa, mata dan akal puas fikirkan tempat sesuai. Akhirnya, dengan izin Allah, kami mendapat ilham untuk mendapatkan limau tersebut ditepi tempat rehat Ulu Bendol. Takde sesiapa punya, takat mungkin dimiliki oleh 'makhluk halus' sahaja. So setelah dibaca apa yang patut, kami pun dok petik ler limau tu.
Alhamdullillah, saya selamat mendapatkannya. Kesian kat rakan kongsi saya. Dia terpaksa 'memanjat' pokok limau tu bagi mendapatkan sebiji lagi limau. Yang kesian tu pasal buah limau tu terletak bersebelahan dengan 2 sarang kerengga daa.. Dah rezeki dan bahagian dia, limau dapat kerengga pun dapat.. Lepas tu kami pun pergi ler kerumah pengamal perubatan tersebut. Nak jadikan cerita, rumahnya betul-betul disebelah tanah perkuburan orang Islam.
Ada gak ler perkara-perkara 'magic' yang telah berlaku dirumah tersebut. Yang ni susah sikit nak cerita didalam blog nie. Takpe ler, sekiranya ada rezeki kita bercerita secara bersemuka nanti yer..
No comments:
Post a Comment