Tuesday, March 23, 2010

Mengkarung Ekor Cabang 3




Ni pengalaman ngan Mengkarung Ekor Cabang 3 (MEC3). Ada ler kawan orang Indon dari Pahang. Dia ni kata dia anggap saya macam Abang dia. Kebetulan dia nie pun ada ler sikit 'kebolehan' berurusan dengan perkara-perkara ghaib. Sebagai salah satu usaha untuk mencari penawar, dia mencadangkan saya mengambil MEC3 ni.

Nak jadikan cerita, dia ada 2 ekor mengkarung. Satu tu ekornya bercabang 2 dan satu lagi ekornya bercabang 3. Sebelum ini, memang lah saya tak pernah ambil tahu pun tentang adanya keganjilan bagi mengkarung nie. Menurut katanya, dia berniat nak kasi saya MEC3 ni walaupun ada orang lain yang telah menawarkan ribuan ringgit juga ler untuk mendapatkannya. Saya memang ler tak tahu apa 'kelebihan' atau kegunaan benda nie.

Ikut kata dia, MEC3 ni 'dijaga' oleh seorang puteri yang bernama Puteri Mayang Sari. Saya akan bermimpi Puteri tersebut pada malam pertama saya bawa balik mengkarung ini. Pada malam Jumaat seterusnya, saya diminta memotong ekor yang bercabang itu dan mengeringkannya. Pada malam setelah dipotong ekornya, saya akan bermimpi lagi sekali Puteri tersebut. Saya bersetuju untuk 'melakukan' apa yang diminta olehnya memandangkan pada pandangan saya, perbuatan tersebut tidak menyalahi akidah saya. Lagi pun pada ketika itu, niat saya adalah sebagai usaha bagi mencari penawar kepada 'penyakit' saya, rakan kongsi serta ahli keluarga kami.

Nak dijadikan cerita, saya langsung takde mimpi Puteri tu pun. Rakan kongsi saya lak yang bermimpi berjumpa dengan Puteri pada malam kami bawa balik mengkarung tu dan pada malam setelah kami memotong ekornya yang bercabang 3 tu. Menurut katanya, Puteri tu 'cun giler' hehe..

Kebetulan malam kami memotong ekor itu adalah malam Jumaat dan keesokkannya adalah Hari Raya Adil Adha. Potong ekor tu kira macam 'korban' ler. Selepas dipotong ekornya, mengkarung itu pun dilepaskan. Tak baik membunuh tau..

Setelah sekian lama menyimpan ekor yang telah dikeringkan, kami pun berjumpa dan bertanyalah juga dengan mana-mana orang tentang 'kelebihan' MEC3 ni. Rata-rata kebanyakkan orang mengatakan bahawa MEC3 ni memang suatu benda yang amat pelik, selalu dengar tentang Ekor Cabang 2 sahaja, Cabang 3 ni memang unik dan klasik!!

Menurut kata mereka, MEC3 ni boleh dibuat untuk 'menyeru' nombor ekor daa... Cit, tak pernah seumur hidup kami menceburi bidang-bidang nombor ekor ler..

Kemudian juga, saya dan rakan kongsi bertemu dengan seorang pengamal perubatan dan beliau telah mengajarkan kami kaedah mengenali kelebihan dan kekuatan diri sendiri. Dengan amalan ini, kami ada ler sedikit kebolehan untuk 'mengenali' sesuatu benda sekiranya ianya 'berisi' ataupun tidak. So saya pun 'test' ler MEC3 yang telah dikeringkan. Fuyoo... memang ada 'isi' daa..

Proses seterusnya adalah membersihkan diri daripada 'isi' yang tidak diketahui ini. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya tanpa 'mencari gaduh' dengan penjaganya. Saya dan rakan kongsi berkesempatan bertemu dengan penjaganya ketika proses penyerahan semula 'rumahnya'..

Cerita kali nie memang agak sukar nak percaya kecuali bagi mereka yang telah melaluinya. Apa pun pengajaran penting bagi kami adalah, hampir setiap benda mempunyai 'penjaga' nya. Cincin, Batu, Periuk Belanga Lama dan 1001 jenis barang lagi ler.

Terpulang kepada diri kita samada hendak menjaga dan berurusan dengan 'penjaga' nie. Bahasa biasa yang kita dengar adalah 'khadam'. Ada baik dan buruknya apabila hendak berurusan dengan khadam nie. Apa pun, pastikan ada ilmu pengetahuan, dengan lain perkataan, biar ler kita ni mempunyai 'isi' terlebih dahulu, kalau tidak kita sendiri yang akan di'khadam' kan oleh khadam-khadam ini..
Sekiranya video nie tak berjaya diuploadkan dengan sempurna, boleh juga pergi ke You Tube dan typekan Mengkarung Ekor Cabang 3. InsyaAllah ada lagi file tersebut.

Friday, March 19, 2010

Perjalanan ke Thailand II







Perjalanan ke Thailand I

Pengkalan Hulu, Perak
Kami memulakan perjalanan ke Thailand melalui Pengkalan Hulu menuju ke Betong, Thailand. Sebelum masuk ke Betong, pekena teh sat kat sana. Yer ler, penat lah katakan daripada Bandar Baru Bangi..

Betong, Thailand
Tiba disempadan, pi daftar dulu kereta pasal nak bawa masuk kedalam. Selesai jer, kami pun menuju ke bandar Betong. Kira okay gak bandar ni. Kereta Malaysia, jangan cakap ler. Memang banyak; plet Johor, Melaka, N Sembilan, Penang, Wilayah, Selangor dan sebagainya. Kira jadi pemandangan biasa ler tu..

Betong tu kira pusat 'peranginan' khasnya untuk mereka yang sakit-sakit badan haha.. Lepas check-in, kami lepak kat kawasan hotel. Kebetulan malam tu ada perayaan agama Buddha kot.. Depa dok nyalakan sejenis tanglong dengan api lilin. Tanglong tu lak naik ler keatas disebabkan udara panas yang terkumpul didalamnya. Nampak cantik lak pemandangan malam tu bila beribu-ribu tanglong naik keatas.



Betong ke Patani
Keesokkannya kami pun bergerak ke Patani. Kami pergi berempat, saya; rakan kongsi, ustaz dari Manjong dan dari Betong, seorang kenalan Ustaz. Dengan adanya orang tempatan, senang ler perjalanan kami semasa di Thailand tu. Orang ni bekas Wakil Rakyat salah satu daripada wilayah di Betong. Jadinya, 'network' dia kat sana tak payah citer lah. Cun dan Canggih...

Sampai di Patani, kami lepak pekena makan dulu. Ni rumah wakil rakyat diwilayah Patani. Alhamdulillah, senang betul perjalanan kesana. Semuanya dipermudahkan oleh Allah swt. Selepas makan, minum dan pekena buahan, kami pun bergerak ke Yala.

Lupa lak, masa kat Patani dah takde jumpa kereta Malaysia. Orang Thai pun pelik gak tengok kereta Malaysia berani sampai ke Patani. Ni mesti mamat senget jer yang berani sampai kesini dengan kereta. Kawasan Patani, Yala dan Narathiwat kira kawasan 'panas'. Banyak kejadian tembak menembak dan bom meletup..

Yala
Kiranya pekan Yala ni tak lah besar sangat. Masyarakat Islam kat sana pun jenis 'simple'. Banyak pondok agama kat situ. Kami terus menuju kerumah Tuan Guru Baba. Dia ni memang terkenal di Yala. Ramai gak orang Malaysia yang datang berjumpa dengannya. Minta macam-macam ler, dari 'pelaris' perniagaan hinggalah yang berhajat nak 'buka cawangan' haha... Tuan Guru ni simple jer. Takde jampi-jampi, asap mengasap dan sebagainya.

Selepas dari rumahnya, kami pergi ler menziarahi masjid yang dahulunya teruk diserang dan dibom oleh Tentera Thailand. Kalau tak silap, kejadian tu diawal tahun 2000. Nama masjid tu pun saya tak pasti, dah lupa ler. Disitu lah kejadian tembak menembak diantara penduduk Islam yang berlindung didalam masjid tu dengan tentera Thailand. Banyak lah kesan-kesan tembakan yang terdapat didinding masjid tersebut.

Hat Yai
Dari Yala, kami menuju ke Hat Yai untuk pulang ke Malaysia. Tidur dulu kat sana, nak hilang kan penat daa... Takde apa pun leh buat kat situ, ada ustaz ikut sama daa haha..

Bukit Kayu Hitam
Keesokkan harinya, kami pun bergerak menuju ke Bukit Kayu Hitam untuk pulang. Sempat ler berhenti makan tengahari di Danok, bandar sempadan sebelum masuk ke sempadan Malaysia. Kat pekan koboi tu, memang banyak ler kereta Malaysia. Tu pun kira tempat strategik untuk mereka-mereka yang 'sengal-sengal' badan mendapatkan rawatan..

Gambar-gambar yang ada semasa disana, saya letakkan kat Perjalanan ke Thailand II.. Dulu tak habis belajar pasal IT, tu pasal tak reti nak upload gambar..














Wednesday, March 17, 2010

Tersedar


Saya mula tersedar akan permainan sihir ini bila apa sahaja yang saya dan rakan kongsi saya buat semuanya tak menjadi. Kemudian diikuti dengan sakit-sakit badan. Kami juga mula 'nampak' dan 'dengar' benda-benda yang pelik-pelik. Sakit dibadan, dibahu, dileher dan macam-macam lagi ler.

Kemudiannya isteri dan ahli keluarga kami pun mula diganggu dengan penyakit, penglihatan dan pendengaran yang pelik-pelik.Ketika itu, bermula lah perjalanan kami didalam usaha mencari pengamal perubatan tradisional, tak kira bomoh; dukun, ustaz dan kiai.

Pelbagai ragam dan kaedah yang telah dicuba. Ada ketikanya kena mandi limau nipis; air 7 buah Masjid; air 7 bunga; air yang telah dibaca / jampi dsbnya. Yang kami tak berani dan takkan buat apabila ada seorang pengamal itu meminta kami mandi dengan air yang telah digunakan bagi memandikan jenazah! Fuyooo yang itu memang ler kami tak buat.

Ada juga seorang pengamal tu yang meminta kami menyembelih seekor ayam jantan hitam. Kemudian dipotong kepalanya dan ditanam dirumah. Yang ini pun kami tak berani dan takkan buat. Sepanjang yang kami tahu, kalau dah mula ada mainan pemyembelihan dan asap mengasap, itu dah masuk bab jin. Tak mahu ler sampai terpesong akidah dan iman, walaupun didalam usaha untuk mencari ubatnya..

Disepanjang usaha berjumpa mencari penawar, pelbagai perkara 'magic' yang telah kami lalui dan lihat sendiri dengan mata kepala kami. Takat tengok benda terbang dan bergerak tu kira dah biasa ler. Takat bercakap-cakap dengan 'makhluk halus' pun kira dah okay gak.

Pelbagai bentuk 'mahar', 'mas kahwin' dan 'pengeras' yang telah kami berikan. Paling menjadi keutamaan adalah 'kertas cap gabenor bank negara' -- duit ler. Banyak gak duit yang telah dihabiskan dan diperabiskan untuk usaha mencari penawar ini. Ramai dikalangan pengamal perubatan, samada ustaz mahupun bomoh, dukun, pawang dsb yang suka mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain.

'Pengeras' yang paling klasik dan pelik yang pernah kami beri adalah; 2 bungkus gula pasir 1kg, 6 kotak air minuman, 6 biji buahan dan 2 kotak rokok kretek. Wak Indon yang kami temui ni ada 'kelas' ler. Ramai yang nak berjumpa dengannya sehingga kena ambil nombor daa.. Yang lecehnya, dia cuma berurusan pada hari Khamis malam Jumaat sahaja. Hari lain dia tak layan. Kami diberi umpama 'tangkal' untuk dipakai. Khasiatnya, orang akan suka untuk berurusan dengan kita. Kami berdua diberikan berlainan jenis 'tangkal' untuk dipakai. Saya bagi kategori 'pemimpin' manakala rakan kongsi saya bagi kategori 'rakyat marhaen'..

Malangnya saya punya tidak efektif memandangkan saya tidak ada urusan untuk berjumpa dengan 'pemimpin'. Rakan kongsi saya memang 'untung'.. Mana-mana kami pergi ada sahaja orang tegur dan senyum kat dia. Kata-kata seperti "kat mana yer kita berjumpa dulu" dan "rasa macam pernah jumpa jer, tapi kat mana yer?". Kalau pergi McD, mak ooii, yang tukang ambil order tu senyum dan menjeling memanjang jer. Kalau pergi kedai makan, sampai makcik yang kat kaunter pun leh senyum memanjang, dapat ler diskaun. Nasib baik lagi, siap dapat makan dan minum free...

Ada tu kami diminta mendapatkan 7 biji limau nipis betina. Kena kenal yang mana limau jantan dan yang mana limau betina. Kena petik sendiri dari pokok. Limau ni tak boleh diminta atau dibeli. Kena diambil tanpa pengetahuan tuan empunya, dengan lain perkataan -- kena curi ler. Mak ooii, ni satu lagi cabaran yang kami hadapi. Malu ler kalau kena kantol dok mencuri limau nipis. Puas ler kami dok fikirkan kat mana nak curi limau tanpa kena kantol. Sambil berdoa, mata dan akal puas fikirkan tempat sesuai. Akhirnya, dengan izin Allah, kami mendapat ilham untuk mendapatkan limau tersebut ditepi tempat rehat Ulu Bendol. Takde sesiapa punya, takat mungkin dimiliki oleh 'makhluk halus' sahaja. So setelah dibaca apa yang patut, kami pun dok petik ler limau tu.

Alhamdullillah, saya selamat mendapatkannya. Kesian kat rakan kongsi saya. Dia terpaksa 'memanjat' pokok limau tu bagi mendapatkan sebiji lagi limau. Yang kesian tu pasal buah limau tu terletak bersebelahan dengan 2 sarang kerengga daa.. Dah rezeki dan bahagian dia, limau dapat kerengga pun dapat.. Lepas tu kami pun pergi ler kerumah pengamal perubatan tersebut. Nak jadikan cerita, rumahnya betul-betul disebelah tanah perkuburan orang Islam.

Ada gak ler perkara-perkara 'magic' yang telah berlaku dirumah tersebut. Yang ni susah sikit nak cerita didalam blog nie. Takpe ler, sekiranya ada rezeki kita bercerita secara bersemuka nanti yer..

Tuesday, March 16, 2010

Sihir dan Mainannya


Kalimah yang amat besar ertinya jikalau kita benar-benar menghayati dan memahaminya..

Saya mula terasa dan sedar akan diri disihir kira-kira bulan April 2009. Sebelum itu, mungkin disebabkan tidak pernah mengalaminya disamping latar belakang keluarga dan pendidikan, saya tak percaya benda-benda karut macam ini. Saya memang percaya kepada benda ghaib dan kita pun sebagai umat Islam diwajibkan mempercayai kepada perkara ghaib. Tidak nampak bukannya bererti tiada!

Sebelum ini pun, semasa saya aktif memberi ceramah, kuliah dan perundingan kepada usahawan dan warga korporat, saya selalu mengatakan amalan sihir ini adalah perkara yang mengarut. Saya tidak percaya bahawa umat Islam yang lain sanggup membuat perkara yang terkutuk dan keji itu kepada umat manusia yang lain, tak kira lah samada mereka itu umat Islam ataupun tidak.

Pelbagai jenis gangguan yang telah saya, keluarga saya, rakan kongsi saya serta keluarganya lalui. Daripada yang 'kecil' seperti gangguan bunyi-bunyian dirumah dan pejabat hinggalah ketahap batuk dan muntah darah. Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami semua. Takde lah jadi sampai gila, bercerai berai dan sebagainya. Termasuk juga lah penghantaran 'jin-jin' bagi memantau dan menggangu kami hampir sepanjang masa.

Kesan langsung daripada sihir ini menyebabkan perniagaan kami hampir musnah. Mereka yang sebelum ini membantu dan menyokong kami, tiba-tiba melarikan diri serta membatalkan projek-projek yang telah diberi sebelum ini. Huru hara juga dibuatnya..

Namun, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Hikmah terbesar daripada ini menyebabkan kami semua semakin hampir kepadaNYA.

Tujuan utama saya berkongsi pengalaman ini adalah bagi membantu mereka-mereka yang terkena sihir dan masih tercari-cari cara mengubatinya.

Ramai pengamal perubatan 'tradisional' yang telah saya ketemu. Ianya telah membawa saya dan rakan kongsi saya ke Rembau, Rantau, Kuala Pilah, Seremban, Jengka, Lumut, Alor Star, Kelang, Beranang, Melaka hinggalah ke Yala, Thailand. Ianya suatu pengalaman yang menarik dan tidak akan dilupakan, khasnya ketika memandu kereta dari Hulu Perak menuju ke Betong, Thailand - terus ke Yala dan kembali semula ke Malaysia melalui Hat Yai dan masuk melalui Bukit Kayu Hitam.

Daripada pengamal perubatan berketurunan Melayu, Jawa, Bugis, Orang Asli Islam hingga lah ke Orang Thailand.. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan, ada yang masuk akal dan ada yang tak masuk akal..

Okay lah, berhenti setakat ini dulu. Nanti saya sambung balik. Banyak benda yang hendak dikongsikan sepanjang perjalanan perubatan tersebut. Pengalaman dengan Jin, Khadam, Hantu Raya, Bunian, Batu Serai, Sedut Duit dan macam-macam lagi lah..